Showing posts with label Info Coklat. Show all posts
Showing posts with label Info Coklat. Show all posts

Wednesday, August 26, 2009

Senyuman Semanis Coklat

Tahukah anda sebenarnya coklat mampu melindungi gigi anda?
YA! BENAR...
  • Coklat mengandungi Tanin yang berupaya mengurangkan pertumbuhan plak.Coklat juga mempunyai keistimewaan tersendiri untuk cair sendiri di dalam mulut tanpa meninggalkan sisa untuk pembiakan bakteria. ( Coklat cair pada suhu badan dan tidak perlu mengunyah coklat ketika menikmatinya).
  • Memang tidak dinafikan bahawa gula boleh merosakkan gigi. Memandangkan coklat mengandungi sukros dan laktos maka ia sering dikaitkan dengan kerosakan gigi. Namun, kerosakan gigi bukan berpunca daripada gula semata-mata malahan juga kebanyakan sumber karbohidrat.
  • Karies terbentuk apabila bakteria di permukaan gigi iaitu plak memecahkan karbohidrat dan menukarkan gula menjadi asid laktik yang perlahan-lahan akan mendemineralisasikan permukaan gigi. Maka kerosakan gigi sebenarnya merupakan kesan penukaran karbohidrat oleh bakteria dan bukannya kesan langsung daripada gula.Tanpa bakteria plak, tiada kerosakan gigi. Dengan penjagaan gigi yang baik, masalah kerosakan gigi dapat dielakkan.

Monday, August 3, 2009

Khasiat Coklat

Tahukah anda bahawa coklat mengandungi zat-zat makanan seimbang yang baik untuk kesihatan?
  • Setiap 100g coklat susu mengandungi 26% daripada pengambilan diet yang disyorkan (RDI) bagi kalsium, 13% magnesium dan 20% zat besi, mineral dan elemen zat makanan yang penting untuk tubuh berfungsi dengan sempurna.
  • Coklat juga mengandungi sejumlah besar vitamin larut air seperti B1,B2 dan B3 yang melindungi kitaran tenaga dan protin.Coklat setanding dengan keju segar yang merupakan makanan berkhasiat.
  • Bagi atlet dan kanak-kanak,sekeping coklat selepas bersukan atau bermain lasak akan membantu memulihkan tenaga dengan cepat melalui penggantian semula karbohidrat.


Faktor Kritikal

Persekitaran
  • Coklat sangat sensitif kepada bau.

  • Coklat perlu disimpan di tempat yang bebas dari bau.

  • Coklat tidak boleh disimpan berdekatan / antara produk yang berbau kuat seperti daging, ikan, buah-buahan, belacan, durian dan sebagainya.

  • Pembungkus coklat juga perlu bebas dari segala bau.

  • Merokok di kawasan coklat di simpan adalah DILARANG sama sekali.

Udara dan Cahaya

  • Coklat akan teroksida dengan lebih cepat dan berubah rasa di bawah pengaruh udara dan cahaya.

  • Elakkan coklat dari pendedahan udara dan cahaya secara terus.

Kelembapan

  • Coklat perlu dilindungi dari kelembapan.

  • Elakkan menyusun coklat terus di atas lantai atau bersentuhan dengan dinding kerana kemungkinan penyerapan lembapan akan berlaku.

Perosak

  • Coklat mampu menarik minat segala jenis makhluk perosak. Amat penting mengawal masuk makhluk perosak ini dengan memasang perangkap tikus, serangga dan sebagainya.

Fat Bloom vs Sugar Bloom

Apa itu Fat Bloom?

  • Fat Bloom adalah pembentukan lapisan putih pada permukaan coklat.
  • Hasilnya, coklat akan kehilangan kilat dan menjadi lembut.
  • Lapisan putih ini menjadikan coklat kelihatan kurang menarik, namun jangan terkeliru antara fat bloom dengan pembentukan kulat.
  • Fat bloom disebabkan oleh pengkristalan semula lemak dan/atau perpindahan lemak dari inti ke permukaan coklat.
  • Penyimpanan pada suhu yang stabil akan melambatkan pembentukan fat bloom.
  • Fat bloom juga boleh terbentuk bila pengkristalan tidak dilakukan dengan sempurna.Dalam kes ini,coklat masih boleh dimakan.
  • Contoh: Memegang coklat dengan tangan dan menyimpannya semula ke dalam peti ais akan menghasilkan fat bloom pada coklat.

Apa itu Sugar Bloom?

  • Sugar bloom adalah lapisan kasar dan tidak sekata pada permukaan coklat.
  • Ianya terbentuk hasil daripada proses kondensasi.
  • Rasa coklat tidak berubah manakala kepekatan pula bertambah.
  • Contoh: Apabila coklat dikeluarkan dari peti sejuk, lembapan/air yang terbentuk akan melarutkan gula pada permukaan coklat. Apabila air tersebut tersejat semula, gula akan membentuk kristal yang kasar dan tidak sekata pada permukaan coklat. Ini akan memberikan rupa yang tidak menarik pada coklat.

Thursday, July 2, 2009

Coklat dan Jantung Kita


Coklat baik untuk jantung yang sihat. Ramai yang tidak menyedari tentang hal ini. Penyelidikan telah membuktikan bahawa coklat merupakan sumber anti-oksidan yang terbaik seperti juga wain merah.

Anti-oksidan yang terkandung di dalam coklat ini dikenali sebagai 'phenol'.'Phenol' dipercayai boleh mempengaruhi lipoprotein densiti rendah (LDL) yang merupakan pengangkut kolesterol di dalam darah secara langsung.'Phenol' dipercayai menghalang kerosakan oksidasi LDL yang perlahan-lahan akan mengurangkan kadar mendapan lemak di dalam arteri.

Pengambilan kompaun poliphenolik, iaitu sejenis anti-oksidan yang terdapat di dalam buah-buahan, sayuran, teh, wain dan coklat berpotensi mengurangkan risiko sakit jantung dengan melindungi kerosakan sel tubuh akibat radikal bebas.

Maka, coklat secara semulajadinya kaya dengan poliphenol. Coklat gelap pula dikatakan mengandungi lebih poliphenol berbanding coklat susu kerana kandungan massa koko yang tinggi.

Berikut adalah kandungan poliphenol berbanding berat sesuatu makanan:

Coklat susu (50 g) 100 mg poliphenol
Coklat gelap(50 g) 300 mg poliphenol
Wain merah(140 ml) 170 mg poliphenol
Teh (240 ml) 400 mg poliphenol
Serbuk koko(16 g0 200 mg poliphenol

Kesimpulannya...makanlah coklat hari ini dalam jumlah yang sederhana, sebagai sebahagian diet anda yang seimbang.