Friday, August 28, 2009

Coklat Kami

Almond Berries Cluster



Dark and White Chocolate ~ Vanilla Flavour




Milk Chocolate ~ Durian Flavour


Dark Chocolate ~ Pineapple Flavour


Dark Chocolate ~ Mokka Flavour




Milk Chocolate ~ Strawberry Flavour

Wednesday, August 26, 2009

Senyuman Semanis Coklat

Tahukah anda sebenarnya coklat mampu melindungi gigi anda?
YA! BENAR...
  • Coklat mengandungi Tanin yang berupaya mengurangkan pertumbuhan plak.Coklat juga mempunyai keistimewaan tersendiri untuk cair sendiri di dalam mulut tanpa meninggalkan sisa untuk pembiakan bakteria. ( Coklat cair pada suhu badan dan tidak perlu mengunyah coklat ketika menikmatinya).
  • Memang tidak dinafikan bahawa gula boleh merosakkan gigi. Memandangkan coklat mengandungi sukros dan laktos maka ia sering dikaitkan dengan kerosakan gigi. Namun, kerosakan gigi bukan berpunca daripada gula semata-mata malahan juga kebanyakan sumber karbohidrat.
  • Karies terbentuk apabila bakteria di permukaan gigi iaitu plak memecahkan karbohidrat dan menukarkan gula menjadi asid laktik yang perlahan-lahan akan mendemineralisasikan permukaan gigi. Maka kerosakan gigi sebenarnya merupakan kesan penukaran karbohidrat oleh bakteria dan bukannya kesan langsung daripada gula.Tanpa bakteria plak, tiada kerosakan gigi. Dengan penjagaan gigi yang baik, masalah kerosakan gigi dapat dielakkan.

Salam Ramadhan

Salam buat semua.

Kami di Khadijah Cocoahaus mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa bagi semua umat Islam khususnya di Malaysia dan serata dunia.

Bersempena dengan Aidilfitri yang bakal tiba, Khadijah Cocoahaus sedang mempromosikan produk terbaru kami iaitu Almond Berries Cluster. Ianya terdiri dari kacang almond yang dipanggang rangup dan disaluti buah cranberries, madu dan coklat.

Rasanya yang enak dan rangup, pasti menawan selera semua.

Cubalah hari ini!

Untuk tempahan dan pertanyaan,sila hubungi kami di talian
016- 205 7845 atau e-mailkan ke
cocoahaus.blogspot.com.

Sunday, August 16, 2009

Almond Berries Cluster | Satu Balang


Almond bersalut coklat, madu dan cranberries
30 biji @ RM 18
Tempahan untuk Hari Raya masih dibuka!

Untuk tempahan dan pertanyaan,sila hubungi kami di talian

016-205 7845 atau e-mailkan kepada

cocoahaus@gmail.com.

Tuesday, August 4, 2009

Kotak Bertingkap (Kuning) | Kurma Mariami Bersalut Coklat (24 Biji)


Kurma mariami bersalut coklat berinti badam
Isi kandungan 24 biji @ RM40
Perisa vanila
Tempahan untuk Hari Raya masih dibuka!
Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian
016-205 7845 atau e-mailkan kepada




Monday, August 3, 2009

Khasiat Coklat

Tahukah anda bahawa coklat mengandungi zat-zat makanan seimbang yang baik untuk kesihatan?
  • Setiap 100g coklat susu mengandungi 26% daripada pengambilan diet yang disyorkan (RDI) bagi kalsium, 13% magnesium dan 20% zat besi, mineral dan elemen zat makanan yang penting untuk tubuh berfungsi dengan sempurna.
  • Coklat juga mengandungi sejumlah besar vitamin larut air seperti B1,B2 dan B3 yang melindungi kitaran tenaga dan protin.Coklat setanding dengan keju segar yang merupakan makanan berkhasiat.
  • Bagi atlet dan kanak-kanak,sekeping coklat selepas bersukan atau bermain lasak akan membantu memulihkan tenaga dengan cepat melalui penggantian semula karbohidrat.


Faktor Kritikal

Persekitaran
  • Coklat sangat sensitif kepada bau.

  • Coklat perlu disimpan di tempat yang bebas dari bau.

  • Coklat tidak boleh disimpan berdekatan / antara produk yang berbau kuat seperti daging, ikan, buah-buahan, belacan, durian dan sebagainya.

  • Pembungkus coklat juga perlu bebas dari segala bau.

  • Merokok di kawasan coklat di simpan adalah DILARANG sama sekali.

Udara dan Cahaya

  • Coklat akan teroksida dengan lebih cepat dan berubah rasa di bawah pengaruh udara dan cahaya.

  • Elakkan coklat dari pendedahan udara dan cahaya secara terus.

Kelembapan

  • Coklat perlu dilindungi dari kelembapan.

  • Elakkan menyusun coklat terus di atas lantai atau bersentuhan dengan dinding kerana kemungkinan penyerapan lembapan akan berlaku.

Perosak

  • Coklat mampu menarik minat segala jenis makhluk perosak. Amat penting mengawal masuk makhluk perosak ini dengan memasang perangkap tikus, serangga dan sebagainya.

Fat Bloom vs Sugar Bloom

Apa itu Fat Bloom?

  • Fat Bloom adalah pembentukan lapisan putih pada permukaan coklat.
  • Hasilnya, coklat akan kehilangan kilat dan menjadi lembut.
  • Lapisan putih ini menjadikan coklat kelihatan kurang menarik, namun jangan terkeliru antara fat bloom dengan pembentukan kulat.
  • Fat bloom disebabkan oleh pengkristalan semula lemak dan/atau perpindahan lemak dari inti ke permukaan coklat.
  • Penyimpanan pada suhu yang stabil akan melambatkan pembentukan fat bloom.
  • Fat bloom juga boleh terbentuk bila pengkristalan tidak dilakukan dengan sempurna.Dalam kes ini,coklat masih boleh dimakan.
  • Contoh: Memegang coklat dengan tangan dan menyimpannya semula ke dalam peti ais akan menghasilkan fat bloom pada coklat.

Apa itu Sugar Bloom?

  • Sugar bloom adalah lapisan kasar dan tidak sekata pada permukaan coklat.
  • Ianya terbentuk hasil daripada proses kondensasi.
  • Rasa coklat tidak berubah manakala kepekatan pula bertambah.
  • Contoh: Apabila coklat dikeluarkan dari peti sejuk, lembapan/air yang terbentuk akan melarutkan gula pada permukaan coklat. Apabila air tersebut tersejat semula, gula akan membentuk kristal yang kasar dan tidak sekata pada permukaan coklat. Ini akan memberikan rupa yang tidak menarik pada coklat.

Kaedah Penyimpanan

  • Simpan coklat di tempat yang dingin dan kering.
  • Suhu di antara 18 darjah celcius hingga 25 darjah celcius.
  • Pendedahan kepada panas dan sinar matahari boleh menyebabkan 'fat-bloom' (bintik-bintik putih).Walaupun ianya menjadikan coklat kurang menarik namun coklat masih selamat untuk dimakan.