Thursday, July 2, 2009

Coklat dan Jantung Kita


Coklat baik untuk jantung yang sihat. Ramai yang tidak menyedari tentang hal ini. Penyelidikan telah membuktikan bahawa coklat merupakan sumber anti-oksidan yang terbaik seperti juga wain merah.

Anti-oksidan yang terkandung di dalam coklat ini dikenali sebagai 'phenol'.'Phenol' dipercayai boleh mempengaruhi lipoprotein densiti rendah (LDL) yang merupakan pengangkut kolesterol di dalam darah secara langsung.'Phenol' dipercayai menghalang kerosakan oksidasi LDL yang perlahan-lahan akan mengurangkan kadar mendapan lemak di dalam arteri.

Pengambilan kompaun poliphenolik, iaitu sejenis anti-oksidan yang terdapat di dalam buah-buahan, sayuran, teh, wain dan coklat berpotensi mengurangkan risiko sakit jantung dengan melindungi kerosakan sel tubuh akibat radikal bebas.

Maka, coklat secara semulajadinya kaya dengan poliphenol. Coklat gelap pula dikatakan mengandungi lebih poliphenol berbanding coklat susu kerana kandungan massa koko yang tinggi.

Berikut adalah kandungan poliphenol berbanding berat sesuatu makanan:

Coklat susu (50 g) 100 mg poliphenol
Coklat gelap(50 g) 300 mg poliphenol
Wain merah(140 ml) 170 mg poliphenol
Teh (240 ml) 400 mg poliphenol
Serbuk koko(16 g0 200 mg poliphenol

Kesimpulannya...makanlah coklat hari ini dalam jumlah yang sederhana, sebagai sebahagian diet anda yang seimbang.

No comments:

Post a Comment