Thursday, July 30, 2009

Door Gifts


Khadijah Cocoahaus menawarkan door gift chocolates di dalam chocolate box untuk 2 biji coklat, 3 biji coklat dan 4 biji coklat.

Setiap pek yang ditempah pelanggan adalah 'on customized order', bermaksud para pelanggan akan mendapatkan flavour coklat yang digemari untuk chocolate door gift yang ditempah.

Menarik bukan?

Bukan itu sahaja, harga yang kami tawarkan adalah beserta reben tema majlis para pelanggan budiman.

Minimum pek yang boleh ditempah untuk door gift adalah sebanyak 20 pek dan maksimum 200 pek bagi sekali tempahan.

Tempahan hendaklah dibuat selewat-lewatnya 2 minggu dari tarikh majlis.


Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan, hubungi kami di talian

016-205 7845 atau e-mailkan kepada

cocoahaus.blogspot.com.







Tuesday, July 21, 2009

Kotak Transparent Bentuk Hati | Coklat Kurma Mariami Bersalut Coklat (18 Biji)

Coklat Kurma berinti badam- produk terbaru keluaran Khadijah Cocoahaus.
18 biji @ RM18


Setiap coklat kurma keluaran Khadijah Cocoahaus adalah dari jenis kurma Mariami. Terdapat 2 rasa coklat yang menyaluti kurma untuk dinikmati iaitu

Mocha dan Vanilla

Bukan itu sahaja, setiap kurma kami juga berintikan badam yang dipanggang rangup.

Sesuai untuk dinikmati sebagai juadah berbuka puasa mahupun dijadikan buah tangan buat sanak saudara dan jiran tetangga.

Nikmatilah coklat kurma keluaran Khadijah Cocoahaus
di mana kurma bukan sekadar kurma biasa,
kurma Khadijah Cocoahaus bersalut coklat berperisa.

Cubalah hari ini juga!
Untuk tempahan dan pertanyaan hubungi kami di talian
016-2057845 atau emailkan ke

Monday, July 13, 2009

Kotak Transparent (Bentuk Hati) | Chocolate Card

Kami di Khadijah Cocoahaus turut menerima tempahan
chocolate card
sempena hari-hari istimewa anda
tak kira sempena
ulang tahun,
ulang tahun perkahwinan,
hantaran pertunangan,
hantaran perkahwinan,
Mother's Day,
Father's Day
atau
Teacher's Day.

Sekotak @ RM15

Chocolate card boleh ditempah sekurang-kurangnya

seminggu lebih awal dari tarikh penghantaran.

Untuk tempahan atau pertanyaan,
hubungi kami di talian 016 205 7845
atau emailkan ke cocoahaus@gmail.com.



Wednesday, July 8, 2009

Semanis senyumanmu...

Seringkali coklat mengundang senyuman di bibir penerimanya. Itulah kepuasan yang Khadijah Cocoahaus saksikan setiap kali para pelanggan kami menerima coklat tempahan mereka.

Ada di kalangan pelanggan yang budiman, menjadikan coklat ini sebagai hadiah buat teman-teman.Hasilnya...? Sudah pasti senyuman tak lekang di bibir.

Kepuasan kami bukan sahaja terletak pada kepuasan pelanggan, malahan setiap kali coklat- coklat yang ditempah dapat disiapkan dan mula untuk dibungkus, satu rasa kepuasan yang sukar untuk digambarkan akan sentiasa hadir bersama.

Memang tidak dinafikan, agak rumit untuk menghasilkan coklat yang bermutu lagi enak rasanya, namun masa yang berlalu bagaikan tak terasa.

Betullah kata orang...coklat mengungkap seribu kata, menghurai sejuta makna.Sekotak coklat bagaikan pengutus kasih sayang yang mampu melahirkan isi hati, meluahkan pujukan kasih malah penambah kemesraan.

Thursday, July 2, 2009

Coklat dan Jantung Kita


Coklat baik untuk jantung yang sihat. Ramai yang tidak menyedari tentang hal ini. Penyelidikan telah membuktikan bahawa coklat merupakan sumber anti-oksidan yang terbaik seperti juga wain merah.

Anti-oksidan yang terkandung di dalam coklat ini dikenali sebagai 'phenol'.'Phenol' dipercayai boleh mempengaruhi lipoprotein densiti rendah (LDL) yang merupakan pengangkut kolesterol di dalam darah secara langsung.'Phenol' dipercayai menghalang kerosakan oksidasi LDL yang perlahan-lahan akan mengurangkan kadar mendapan lemak di dalam arteri.

Pengambilan kompaun poliphenolik, iaitu sejenis anti-oksidan yang terdapat di dalam buah-buahan, sayuran, teh, wain dan coklat berpotensi mengurangkan risiko sakit jantung dengan melindungi kerosakan sel tubuh akibat radikal bebas.

Maka, coklat secara semulajadinya kaya dengan poliphenol. Coklat gelap pula dikatakan mengandungi lebih poliphenol berbanding coklat susu kerana kandungan massa koko yang tinggi.

Berikut adalah kandungan poliphenol berbanding berat sesuatu makanan:

Coklat susu (50 g) 100 mg poliphenol
Coklat gelap(50 g) 300 mg poliphenol
Wain merah(140 ml) 170 mg poliphenol
Teh (240 ml) 400 mg poliphenol
Serbuk koko(16 g0 200 mg poliphenol

Kesimpulannya...makanlah coklat hari ini dalam jumlah yang sederhana, sebagai sebahagian diet anda yang seimbang.