- Coklat sangat sensitif kepada bau.
- Coklat perlu disimpan di tempat yang bebas dari bau.
- Coklat tidak boleh disimpan berdekatan / antara produk yang berbau kuat seperti daging, ikan, buah-buahan, belacan, durian dan sebagainya.
- Pembungkus coklat juga perlu bebas dari segala bau.
- Merokok di kawasan coklat di simpan adalah DILARANG sama sekali.
Udara dan Cahaya
- Coklat akan teroksida dengan lebih cepat dan berubah rasa di bawah pengaruh udara dan cahaya.
- Elakkan coklat dari pendedahan udara dan cahaya secara terus.
Kelembapan
- Coklat perlu dilindungi dari kelembapan.
- Elakkan menyusun coklat terus di atas lantai atau bersentuhan dengan dinding kerana kemungkinan penyerapan lembapan akan berlaku.
Perosak
- Coklat mampu menarik minat segala jenis makhluk perosak. Amat penting mengawal masuk makhluk perosak ini dengan memasang perangkap tikus, serangga dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment