Monday, July 13, 2020

Istimewa Dari Khadijah Cocoahaus















Anda tercari-cari HADIAH istimewa untuk insan tersayang?...
…atau…
Ingin buat KEJUTAN kepada tetamu di majlis anda?....
…Mungkin ANDA mengimpikan hantaran yang lain dari yang lain…

Sesuatu yang COMEL tetapi EKSKLUSIF,
sesuai untuk pelbagai acara,
di mana jua…


KAMI ada jawapannya!

Khadijah CocoaHaus adalah sebuah syarikat bumiputera yang menawarkan ‘Home-made Chocolates’ dari bahan yang terpilih, suci lagi halal. Coklat kami yang terdapat dalam pelbagai bentuk dan rasa dibuat ‘fresh’ mengikut tempahan pelanggan.

Sekotak coklat dari Khadijah CocoaHaus untuk si dia tersayang…atau ‘door-gift’ buat tetamu yang diraikan bukan sahaja unik, malahan pelanggan diberi pilihan kotak menarik beserta reben tema majlis anda.

Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi kami di talian
016-205 7845 atau e-mailkan kepada cocoahaus@gmail.com.

Wednesday, November 23, 2011

Selamat Bercuti

Salam buat semua pelanggan dan pembaca sekalian.

Sudah lama kami di Khadijah Cocoahaus tidak membuat sebarang entri. It's been a while, and I can see that a lot of Malaysians are taking the advantage of trying out the business of chocolate making. It's a good business I can promise you. Jika anda seorang yang bersemangat dan amat berminat dalam seni pembuatan coklat, jangan teragak-agak untuk mendapatkan ilmu dari yang pakar.Pasti pulangannya lumayan, kerana kami telah mampu melakukannya.


Akhir kata, kami di Khadijah Cocoahaus mengucapkan 'Selamat Bercuti' dan hiasi hari-harimu nan indah dengan sekotak coklat..Senyum selalu!

Tuesday, January 12, 2010

Coklat di Plaza Masalam

Pelanggan yang dihormati,

Mulai sekarang coklat kami sudah mula dipasarkan di coklat boutique Plaza Masalam, seksyen 9,Shah Alam.

Coklat kami boleh dibeli terus dari kiosk tersebut.Tempahan juga boleh dibuat di kiosk untuk special event seperti coklat sempena Hari Jadi,Corporate Gift,Hantaran juga Door Gift.

Bagi mereka yang masih teragak-agak nak menempah direct dari kami, bolehlah mencuba keenakan coklat Khadijah CocoaHaus yang ada dijual di sana.

Semoga coklat kami mengundang senyuman di hari bahagia anda!

Wednesday, September 30, 2009

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Para pelanggan yang dihormati,

Di kesempatan ini, kami di Khadijah Cocoahaus ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidifitri.

Tempahan yang telah kami terima amat menggalakkan terutama sekali menjelang Syawal. Sambutan memang di luar jangkaan .Terima kasih buat semua.

Besarlah harapan kami, agar para pelanggan sekalian akan terus menyokong dan mengikuti perkembangan kami dari semasa ke semasa.

Semoga produk-produk Khadijah Cocoahaus mendatangkan keceriaan dan menyuntik kasih untuk anda semua.

Monday, September 28, 2009

Our customers

180 boxes for Nicom Steel Centre (M) Sdn Bhd
Bandar Baru Bangi

Adriana, MSU Shah Alam

Syaffika
UiTM Puncak Perdana, Shah Alam

Aemizah
ASR Business Master Sdn Bhd, Kuala Lumpur

Lily
UiTM Puncak Perdana, Shah Alam

Juzliana, TNB Petaling Jaya

Marina, MSU Shah Alam

Lily
UiTM Puncak Perdana, Shah Alam

Adam & Co, Kuala Lumpur

SMK Taman Sri Muda, Shah Alam
Aemizah
ASR Business Master Sdn Bhd, Kuala Lumpur

Tuesday, September 1, 2009

Bagaimana Membuat Tempahan

Para pelanggan yang dihormati,

Semua tempahan coklat boleh dibuat melalui

  1. E-mel (cocoahaus@gmail.com) ; atau

  2. SMS ( di talian 016-2057845 )

Sila nyatakan maklumat coklat yang ingin ditempah; seperti

  1. Jumlah coklat

  2. Flavor coklat

  3. Tema @ warna (reben)

  4. Tujuan ( untuk hantaran, hadiah, door-gift @ apa-apa ajer...)

Sila sertakan nama dan alamat (di mana coklat perlu dihantar).

Kos penghantaran adalah PERCUMA bagi kawasan di dalam Shah Alam dan RM20 bagi kawasan Lembah Klang, Bangi, Putra Jaya dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.

Friday, August 28, 2009

Coklat Kami

Almond Berries Cluster



Dark and White Chocolate ~ Vanilla Flavour




Milk Chocolate ~ Durian Flavour


Dark Chocolate ~ Pineapple Flavour


Dark Chocolate ~ Mokka Flavour




Milk Chocolate ~ Strawberry Flavour

Wednesday, August 26, 2009

Senyuman Semanis Coklat

Tahukah anda sebenarnya coklat mampu melindungi gigi anda?
YA! BENAR...
  • Coklat mengandungi Tanin yang berupaya mengurangkan pertumbuhan plak.Coklat juga mempunyai keistimewaan tersendiri untuk cair sendiri di dalam mulut tanpa meninggalkan sisa untuk pembiakan bakteria. ( Coklat cair pada suhu badan dan tidak perlu mengunyah coklat ketika menikmatinya).
  • Memang tidak dinafikan bahawa gula boleh merosakkan gigi. Memandangkan coklat mengandungi sukros dan laktos maka ia sering dikaitkan dengan kerosakan gigi. Namun, kerosakan gigi bukan berpunca daripada gula semata-mata malahan juga kebanyakan sumber karbohidrat.
  • Karies terbentuk apabila bakteria di permukaan gigi iaitu plak memecahkan karbohidrat dan menukarkan gula menjadi asid laktik yang perlahan-lahan akan mendemineralisasikan permukaan gigi. Maka kerosakan gigi sebenarnya merupakan kesan penukaran karbohidrat oleh bakteria dan bukannya kesan langsung daripada gula.Tanpa bakteria plak, tiada kerosakan gigi. Dengan penjagaan gigi yang baik, masalah kerosakan gigi dapat dielakkan.

Salam Ramadhan

Salam buat semua.

Kami di Khadijah Cocoahaus mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa bagi semua umat Islam khususnya di Malaysia dan serata dunia.

Bersempena dengan Aidilfitri yang bakal tiba, Khadijah Cocoahaus sedang mempromosikan produk terbaru kami iaitu Almond Berries Cluster. Ianya terdiri dari kacang almond yang dipanggang rangup dan disaluti buah cranberries, madu dan coklat.

Rasanya yang enak dan rangup, pasti menawan selera semua.

Cubalah hari ini!

Untuk tempahan dan pertanyaan,sila hubungi kami di talian
016- 205 7845 atau e-mailkan ke
cocoahaus.blogspot.com.

Sunday, August 16, 2009

Almond Berries Cluster | Satu Balang


Almond bersalut coklat, madu dan cranberries
30 biji @ RM 18
Tempahan untuk Hari Raya masih dibuka!

Untuk tempahan dan pertanyaan,sila hubungi kami di talian

016-205 7845 atau e-mailkan kepada

cocoahaus@gmail.com.

Tuesday, August 4, 2009

Kotak Bertingkap (Kuning) | Kurma Mariami Bersalut Coklat (24 Biji)


Kurma mariami bersalut coklat berinti badam
Isi kandungan 24 biji @ RM40
Perisa vanila
Tempahan untuk Hari Raya masih dibuka!
Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian
016-205 7845 atau e-mailkan kepada




Monday, August 3, 2009

Khasiat Coklat

Tahukah anda bahawa coklat mengandungi zat-zat makanan seimbang yang baik untuk kesihatan?
  • Setiap 100g coklat susu mengandungi 26% daripada pengambilan diet yang disyorkan (RDI) bagi kalsium, 13% magnesium dan 20% zat besi, mineral dan elemen zat makanan yang penting untuk tubuh berfungsi dengan sempurna.
  • Coklat juga mengandungi sejumlah besar vitamin larut air seperti B1,B2 dan B3 yang melindungi kitaran tenaga dan protin.Coklat setanding dengan keju segar yang merupakan makanan berkhasiat.
  • Bagi atlet dan kanak-kanak,sekeping coklat selepas bersukan atau bermain lasak akan membantu memulihkan tenaga dengan cepat melalui penggantian semula karbohidrat.


Faktor Kritikal

Persekitaran
  • Coklat sangat sensitif kepada bau.

  • Coklat perlu disimpan di tempat yang bebas dari bau.

  • Coklat tidak boleh disimpan berdekatan / antara produk yang berbau kuat seperti daging, ikan, buah-buahan, belacan, durian dan sebagainya.

  • Pembungkus coklat juga perlu bebas dari segala bau.

  • Merokok di kawasan coklat di simpan adalah DILARANG sama sekali.

Udara dan Cahaya

  • Coklat akan teroksida dengan lebih cepat dan berubah rasa di bawah pengaruh udara dan cahaya.

  • Elakkan coklat dari pendedahan udara dan cahaya secara terus.

Kelembapan

  • Coklat perlu dilindungi dari kelembapan.

  • Elakkan menyusun coklat terus di atas lantai atau bersentuhan dengan dinding kerana kemungkinan penyerapan lembapan akan berlaku.

Perosak

  • Coklat mampu menarik minat segala jenis makhluk perosak. Amat penting mengawal masuk makhluk perosak ini dengan memasang perangkap tikus, serangga dan sebagainya.

Fat Bloom vs Sugar Bloom

Apa itu Fat Bloom?

  • Fat Bloom adalah pembentukan lapisan putih pada permukaan coklat.
  • Hasilnya, coklat akan kehilangan kilat dan menjadi lembut.
  • Lapisan putih ini menjadikan coklat kelihatan kurang menarik, namun jangan terkeliru antara fat bloom dengan pembentukan kulat.
  • Fat bloom disebabkan oleh pengkristalan semula lemak dan/atau perpindahan lemak dari inti ke permukaan coklat.
  • Penyimpanan pada suhu yang stabil akan melambatkan pembentukan fat bloom.
  • Fat bloom juga boleh terbentuk bila pengkristalan tidak dilakukan dengan sempurna.Dalam kes ini,coklat masih boleh dimakan.
  • Contoh: Memegang coklat dengan tangan dan menyimpannya semula ke dalam peti ais akan menghasilkan fat bloom pada coklat.

Apa itu Sugar Bloom?

  • Sugar bloom adalah lapisan kasar dan tidak sekata pada permukaan coklat.
  • Ianya terbentuk hasil daripada proses kondensasi.
  • Rasa coklat tidak berubah manakala kepekatan pula bertambah.
  • Contoh: Apabila coklat dikeluarkan dari peti sejuk, lembapan/air yang terbentuk akan melarutkan gula pada permukaan coklat. Apabila air tersebut tersejat semula, gula akan membentuk kristal yang kasar dan tidak sekata pada permukaan coklat. Ini akan memberikan rupa yang tidak menarik pada coklat.

Kaedah Penyimpanan

  • Simpan coklat di tempat yang dingin dan kering.
  • Suhu di antara 18 darjah celcius hingga 25 darjah celcius.
  • Pendedahan kepada panas dan sinar matahari boleh menyebabkan 'fat-bloom' (bintik-bintik putih).Walaupun ianya menjadikan coklat kurang menarik namun coklat masih selamat untuk dimakan.

Thursday, July 30, 2009

Door Gifts


Khadijah Cocoahaus menawarkan door gift chocolates di dalam chocolate box untuk 2 biji coklat, 3 biji coklat dan 4 biji coklat.

Setiap pek yang ditempah pelanggan adalah 'on customized order', bermaksud para pelanggan akan mendapatkan flavour coklat yang digemari untuk chocolate door gift yang ditempah.

Menarik bukan?

Bukan itu sahaja, harga yang kami tawarkan adalah beserta reben tema majlis para pelanggan budiman.

Minimum pek yang boleh ditempah untuk door gift adalah sebanyak 20 pek dan maksimum 200 pek bagi sekali tempahan.

Tempahan hendaklah dibuat selewat-lewatnya 2 minggu dari tarikh majlis.


Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan, hubungi kami di talian

016-205 7845 atau e-mailkan kepada

cocoahaus.blogspot.com.







Tuesday, July 21, 2009

Kotak Transparent Bentuk Hati | Coklat Kurma Mariami Bersalut Coklat (18 Biji)

Coklat Kurma berinti badam- produk terbaru keluaran Khadijah Cocoahaus.
18 biji @ RM18


Setiap coklat kurma keluaran Khadijah Cocoahaus adalah dari jenis kurma Mariami. Terdapat 2 rasa coklat yang menyaluti kurma untuk dinikmati iaitu

Mocha dan Vanilla

Bukan itu sahaja, setiap kurma kami juga berintikan badam yang dipanggang rangup.

Sesuai untuk dinikmati sebagai juadah berbuka puasa mahupun dijadikan buah tangan buat sanak saudara dan jiran tetangga.

Nikmatilah coklat kurma keluaran Khadijah Cocoahaus
di mana kurma bukan sekadar kurma biasa,
kurma Khadijah Cocoahaus bersalut coklat berperisa.

Cubalah hari ini juga!
Untuk tempahan dan pertanyaan hubungi kami di talian
016-2057845 atau emailkan ke

Monday, July 13, 2009

Kotak Transparent (Bentuk Hati) | Chocolate Card

Kami di Khadijah Cocoahaus turut menerima tempahan
chocolate card
sempena hari-hari istimewa anda
tak kira sempena
ulang tahun,
ulang tahun perkahwinan,
hantaran pertunangan,
hantaran perkahwinan,
Mother's Day,
Father's Day
atau
Teacher's Day.

Sekotak @ RM15

Chocolate card boleh ditempah sekurang-kurangnya

seminggu lebih awal dari tarikh penghantaran.

Untuk tempahan atau pertanyaan,
hubungi kami di talian 016 205 7845
atau emailkan ke cocoahaus@gmail.com.



Wednesday, July 8, 2009

Semanis senyumanmu...

Seringkali coklat mengundang senyuman di bibir penerimanya. Itulah kepuasan yang Khadijah Cocoahaus saksikan setiap kali para pelanggan kami menerima coklat tempahan mereka.

Ada di kalangan pelanggan yang budiman, menjadikan coklat ini sebagai hadiah buat teman-teman.Hasilnya...? Sudah pasti senyuman tak lekang di bibir.

Kepuasan kami bukan sahaja terletak pada kepuasan pelanggan, malahan setiap kali coklat- coklat yang ditempah dapat disiapkan dan mula untuk dibungkus, satu rasa kepuasan yang sukar untuk digambarkan akan sentiasa hadir bersama.

Memang tidak dinafikan, agak rumit untuk menghasilkan coklat yang bermutu lagi enak rasanya, namun masa yang berlalu bagaikan tak terasa.

Betullah kata orang...coklat mengungkap seribu kata, menghurai sejuta makna.Sekotak coklat bagaikan pengutus kasih sayang yang mampu melahirkan isi hati, meluahkan pujukan kasih malah penambah kemesraan.

Thursday, July 2, 2009

Coklat dan Jantung Kita


Coklat baik untuk jantung yang sihat. Ramai yang tidak menyedari tentang hal ini. Penyelidikan telah membuktikan bahawa coklat merupakan sumber anti-oksidan yang terbaik seperti juga wain merah.

Anti-oksidan yang terkandung di dalam coklat ini dikenali sebagai 'phenol'.'Phenol' dipercayai boleh mempengaruhi lipoprotein densiti rendah (LDL) yang merupakan pengangkut kolesterol di dalam darah secara langsung.'Phenol' dipercayai menghalang kerosakan oksidasi LDL yang perlahan-lahan akan mengurangkan kadar mendapan lemak di dalam arteri.

Pengambilan kompaun poliphenolik, iaitu sejenis anti-oksidan yang terdapat di dalam buah-buahan, sayuran, teh, wain dan coklat berpotensi mengurangkan risiko sakit jantung dengan melindungi kerosakan sel tubuh akibat radikal bebas.

Maka, coklat secara semulajadinya kaya dengan poliphenol. Coklat gelap pula dikatakan mengandungi lebih poliphenol berbanding coklat susu kerana kandungan massa koko yang tinggi.

Berikut adalah kandungan poliphenol berbanding berat sesuatu makanan:

Coklat susu (50 g) 100 mg poliphenol
Coklat gelap(50 g) 300 mg poliphenol
Wain merah(140 ml) 170 mg poliphenol
Teh (240 ml) 400 mg poliphenol
Serbuk koko(16 g0 200 mg poliphenol

Kesimpulannya...makanlah coklat hari ini dalam jumlah yang sederhana, sebagai sebahagian diet anda yang seimbang.

Monday, June 29, 2009

Transparent Box | 2 Biji Praline

Alhamdulillah...Sempena Hari Guru yang lalu Khadijah CocoaHaus menerima tempahan yang sungguh menggalakkan.
Dalam masa 3 bulan kami mula beroperasi, tempahan demi tempahan kami terima dari kawan-kawan terdekat.
Rata-rata ramai yang terpikat dengan pek 2 biji coklat dalam bekas clear plastic.
InsyaAllah Khadijah CocoaHaus akan sentiasa 'update' kan tempahan-tempahan yang kami terima dari pelanggan-pelanggan kami dari semasa ke semasa.

Saturday, May 16, 2009

Kelas Lanjutan Coklat

Hari ini Khadijah Cocoahaus attended 2nd class of chocolate making.
Very interesting.Banyak ilmu baru yang dipelajari hari ini.Especially about inti or ganache. My sifu, Chef Amer Hamzah the Master of Chocolatier turunkan banyak ilmu hari ini.
Kelas kali ini menarik, ramai antara kami yang sudah mula menjual coklat sekarang. Ada juga yang dah serious and ada pekerja sendiri. Punyalah excited with the class, baru je sat tadi buat tempering. All this while buat-buat tak jadi, rupa-rupanya ada combination yang salah as for couverture cannot be mixed with the usual hazelnut paste yang digunakan untuk compound.Macam manalah boleh tak perasan yang paste tu all this while was actually compound.
Tomorrow will learn how to make flower out of chocolate.Sebenarnya dah belajar dah masa 1st class, tapi tak berapa minat nak cuba coz it needs skill. Cuma esok instead of using chocolate modelling paste,Chef akan tunjukkan how to make colourful roses.Just wait and see...

Sunday, May 10, 2009

Thinking About Chocolate...Every Single Day...


"Buat sendiri?".That was the reaction that we've got when we introduced our chocolates to our friends and relatives for the first time.Just imagine how their facial expressions were...Hi,hi... Yet, this new experience and experiment of getting involved with chocolate business is really a wonderful experience.Never thought that we'll be a 'chocolatier' one day. Just knew about chocolate stuff from the basic class that we went last January.But we've done a lot of homework, done a lot of experiment, met a lot of people, bought so many things, went to many places and learnt a lot not just about chocolates but also the internet stuff. Within 3 months (...and a half, I would say) we finally had come to this stage of being serious in this industry and having our own blog. It's true when people say,"Perjalanan seribu batu bermula dari langkah pertama,".That is what we've been doing and still doing it...melangkah to reach that batu yang ke seribu,dua ribu and more...A...miiin...

Hadiah Istimewa Untuk Insan Tersayang

Seringkali kita tercari-cari, apakah hadiah yang paling ideal untuk diberikan kepada insan tersayang. Apa kata hadiahkan sekotak coklat istimewa dari Khadijah Cocoahaus. Kami menawarkan 'hand-made chocolate' yang bukan sahaja didatangkan dengan pelbagai rasa dan bentuk, malahan mengikut 'budget' anda. Dari sekecil-kecil kotak yang mengundang senyuman di wajah si dia, hinggalah sebesar-besar kotak yang cukup untuk memenuhkan dulang hantaran raja sehari. Dikemaskan dengan reben yang berwarna-warni, 'chocolate' kami amat bermakna sebagai hadiah istimewa untuk insan yang anda sayangi.
Untuk tempahan dan pertanyaan, hubungi kami di talian
016 - 205 7845 atau e-mailkan kepada
cocoahaus.blogspot.com.